Sebelum mula mencari pembeli rumah, anda haruslah mengetahui apa sebab hendak jual?

Sebelum mula mencari pembeli rumah, anda haruslah mengetahui apa sebab hendak jual?

Mungkin sebab anda perlukan duit untuk bayar hutang, mungkin juga anda ingin menjual setelah harga rumah sudah meningkat naik dan dah dapat untung daripada harga semasa rumah.

Menjual rumah adalah sememangnya sangat sukar jika kita tidak pernah ada pengalaman mengiklankan hartanah.

Namun, jika anda adalah orang yang berniaga, tidak susah sebenarnya untuk dapatkan pembeli rumah dan hartanah.

Tapi, bagaimana pula dengan anda yang tidak pernah berniaga dan tidak pernah mengiklankan rumah?

Anda tahu cara nya?

Ada banyak cara sebenarnya untuk dapatkan pembeli rumah dan hartanah. Oleh itu saya kongsikan beberapa tips yang mungkin membantu anda dapatkan pembeli rumah dan hartanah.

1.TAWARKAN KEPADA KELUARGA, SAUDARA DAN JIRAN TETANGGA

Pertama sekali, anda mestilah melihat di sekeliling anda, keluarga dan saudara. Mungkin ada dikalangan mereka yang berminat untuk membeli rumah dan hartanah anda.Mungkin juga ada diantara mereka yang mempunyai duit lebih dan berhajat untuk tambah properties yang sedia ada. Jika ada, mungkin urusan jual beli lebih mudah, hal ini kerana anda kenal dengan siapa anda berurusan.Dan mereka percaya, rumah dan hartanah itu kepunyaan anda.

2. TENTUKAN HARGA YANG BERSESUAIAN

Perkara yang paling penting dalam penjualan hartanah adalah anda mesti tahu market value hartanah anda.Anda boleh tanyakan market value rumah anda dengan pihak valuer ataupun pihak bank. Anda sebagai penjual mestilah hendak harga tinggi, dan pembeli pula mahukan harga yang lebih rendah. Namun, loan untuk bank luluskan bagi pihak pembeli adalah mengikut market value. Dan pihak pembeli perlu tambah duit mereka sekiranya mereka mahukan hartanah dan rumah anda. Timbul masalah apabila pembeli tidak mampu untuk tambah duit mereka sendiri. Jadi disini, walaupun pembeli berminat, tapi tidak mampu untuk topup duit mereka hartanah anda tidak dapat dijual juga. Oleh itu, penting untuk anda tahu berapa market value rumah dan hartanah anda sebelum anda meletakkan harga rumah supaya tidak terlalu tinggi tapi menguntungkan anda juga.

4. CANTIKKAN RUMAH SEBELUM LETAK IKLAN

Sebelum mengiklankan rumah, mestilah cantikkan rumah dulu supaya kelihatan menarik. Ramai owner rumah yang ingin jual rumah, tapi tak nak cantikan rumah. Sebenarnya, ini adalah salah satu faktor kenapa anda lambat untuk dapatkan pembeli rumah anda. Saya bagi satu contoh,saya ada kereta yang hendak dijual,keadaaan kereta saya cat putih yang dah jadi coklat,lampu depan pecah dan tayar bocor. Anda rasa anda nak beli ke?

Jika tidak, begitu juga dengan bakal-bakal pembeli rumah anda. Nasihat saya, luangkan masa untuk gotong-royong rumah anda, bersihkan sampah-sampah dan juga rumput di kawasan rumah. Cat sikit lebih kurang, biar nampak cantik baru boleh jual.

5. MEGGUNAKAN GAMBAR YANG BERKUALITI

Sekarang ni hampir semua smart phone mempunyai camera features dan mampu untuk snap gambar yang terang dan jelas. Untuk itu, anda hanya perlu gunakan smart phone sahaja untuk ambik perunding gambar rumah anda. Gambar itu biarlah jelas dan high quality supaya rumah kelihatan menarik dan cantik.

Ambil 4 5 keping gambar yang berlainan sudut supaya lebih menarik. Oh ya, sebelum mengambil gambar di dalam rumah, saya ingatkan anda untuk kemaskan sedikit rumah. seperti blik tidur anda kemaskan sedikit, ruang tamu anda kemaskan sedikit, dapur kemaskan sedikit. Ala-ala 3 Abdul pun tak pe,masukkan sume barang dalam almari baru snap picture dan iklan. Mudah je kan.

6. MENGGUNAKAN KHIDMAT AGEN HARTANAH YANG BERDAFTAR

Langkah lain, untuk anda dapatkan pembeli rumah adalah dengan mendapatkan khidmat Perunding Hartanah yang berdaftar ataupun lebih dikenali dengan Real Estate Negotiator(REN).

Hal ini kerana mereka ini adalah golongan professional dan mampu membantu anda dapatkan pembeli rumah dan hartanah anda.Mereka mempunyai jaringan network antara Perunding-Perunding Hartanah yang lain. Mempunyai pengalaman dan pengetahuan tentang proses jual beli rumah dan hartanah.

Memudahkan urusan mencari pembeli dan seterusnya menguruskan proses pembelian.

Anda tidak lagi perlu susah payah carik pembeli, iklan situ sini, bawak pembeli visit situ sini, jawab panggilan phone tengah malam. Malah, ia adalah professional.

Lihat article Perunding Hartanah

7. IKLAN DI INTERNET

Cara yang paling mudah dan percuma adalah dengan mengiklankan rumah dan hartanah yang hendak dijual di internet. Hampir seluruh rakyat malaysia pengguna menggunakan internet.

Anda boleh menggunakan portal pengiklanan percuma seperti di website mudah.my dimana anda boleh expose anda punya iklan di seluruh malaysia.

Selain itu, anda juga boleh menggunakan platform media social seperti facebook dan instagram untuk mencari pembeli rumah dan hartanah.

Iklan di internet, mudah dan jimat.

8. PASANG IKLAN ATAU BANNER

Anda juga boleh mengiklankan rumah dan hartanah dengan meletakkan banner "untuk dijual". Banner ini juga penting kerana orang-orang sekitar yang sememangya mencari rumah untuk dibeli akan dapat melihat adanya rumah untuk dijual di kawasan itu.Letakkan nombor telefon anda disitu besar-besar, guna warna yang terang dan tunggu panggilan.

Kelebihan menggunakan banner adalah ia dapat menarik setiap orang yang lalu di kawasan itu. Akan tetapi ianya sukar sekiranya kawasan rumah dan hartanah adalah di kawasan yg tersorok dan bukan tumpuan.

9. PROMOSI DI MEDIA CETAK

Antara medium lain untuk cari pembeli rumah adalah dengan menggunakan media cetak seperti surat khabar dan flyers.

Akan tetapi menggunakan media cetak ini anda haruslah mengeluarkan wang untuk membuat iklan. Ianya melibatkan kos.

************

Itu lah cara-cara yang dapat saya kongsikan kepada pemilik rumah yang ingin menjual rumah dan hartanah mereka.

Namun apa yang saya kongsikan adalah supaya anda mudah untuk dapatkan pembeli rumah. Bukan nya untuk menjual rumah.

Jadi, anda sebagi pemilik rumah, haruslah mengetahui sebab anda nak jual rumah? Apa plan anda setelah rumah berjaya dijual?

Semoga bermanfaat untuk semua.

Kongsikan kepada kawan-kawan.

Write a comment

Comments: 0

This is the sidebar.

Contact

 

This section is visible on every page of your website. The sidebar is a great place to put important information like contact details, store hours, or social media links. If you build an online store, the shopping cart will appear here.